Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Tasik PPR Taman Intan Baiduri
Taman Tasik ini merupakan taman rekreasi yang terbuka kepada semua penggunjung untuk menjalankan aktiviti-aktiviti permainan atau sukan luar.
Taman Permainan Kanak-kanak
Taman ini menjadi tumpuan kanak-kanak sekitar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan permainan luar bersama komuniti. Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bagi pengguna komuniti di sekitar.
Gelangang Badminton Pusat Komuniti
Gelangang Badminton ini terletak pada aras 2 didalam dewan Pusat Komuniti. Selain daripada dijadikan pusat permainan atau sukan dalaman, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan didalam dewan ini seperti Majlis Perkahwinan, Program Terbuka, dan sebagainya.
Taman Layang-layang Kepong
Taman Layang-Layang Kepong atau dikenali sebagai Taman Metropolitan Kepong, yang terletak di hujung utara Jinjang. Taman ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti bermain layang-layang dan aktiviti riadah. Selain itu, terdapat juga taman-taman permainan, taman rekreasi, dan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang terbuka kepada semua pengunjung. Taman ini dibuka pada setiap hari.
Selayang Mall
Selayang Mall merupakan pusat membeli-belah yang berdekatan dengan PPR Taman Intan Baiduri. Terdapat pelbagai barangan dan kemudahan yang disediakan antaranya aktiviti bowling.
Batu Caves
Batu Caves merupakan tempat pelancongan yang terletak 3 kilometer daripada PPR Taman Intan Baiduri. Batu Caves adalah bukit batu kapur yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.