Kisah Kejayaan
Pelajar Sekolah Rendah Mahir Ict Di PI
Bagi memenuhi keperluan sekolah yang serba canggih yang dilengkapi dengan teknologi ICT, Nur Afrinee Almaz 11 Tahun, memilih untuk meningkatkan kemahiran ICT di PI. Telah menjadi ahli aktif di PI sejak tahun 2016. Nur Afrinee Almaz telah mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan di PI dan Kelas Latihan Asas Komputer di PI merupakan pembelajaran pertama yang diikuti olehnya.
Setelah mengikuti pelbagai latihan asas termasuklah Kelas Asas Microsoft Word, Nur Afrinee Almaz, merupakan salah seorang pelajar di PI yang dijadikan contoh untuk mengajar rakannya yang lain.
Nur Afrinee Almaz mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah terutamanya tugasan yang menggunakan ICT dengan cekap. Kini, Nur Afrinee Almaz terus mengaktifkan diri dengan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan di PI.