Sesi Taklimat Program Pembangunan E-Usahawan: Modul Keusahawanan Digital
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniSesi taklimat Program Pembangunan E-Usahawan: Modul Keusahawanan Digital kolaborasi MAIWP, YSS, KRT PPR Intan Baiduri dan PEDi di PPR Intan Baiduri. Taklimat kedua ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Bin Yakob - PENGARAH UKM-CESMED, seramai 50 orang peserta yang terdiri dari golongan belia yang menceburi bidang usahawan dan merupakan golongan Asnaf yang menetap di PPR Intan Baiduri. Projek Pemerkasaan Komuniti: Kesepaduan Ummah yang memfokuskan pembangunan modal insan dan kehidupan golongan Asnaf.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Kolaborasi:
1. Dato’ Zariah Binti Ali, Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri.
2. Cik Amma Allysha, Penolong Pengurus PEDi, PPR Intan Baiduri.
3. Encik Rahim Bin Rahman, Pengurus Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)
4. Encik Faisal Syafiq, Eksekutif Projek, YSS
5. Cik Nur Zakiah, Eksekutif Projek, YSS
6. Encik Millan Stephen Anak Jauk, Media YSS
Panel Jemputan (Usahawan):
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Bin Yakob - PENGARAH UKM-CESMED
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: