Program Ceramah Pencegahan Jenayah Siber
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniProgram anjuan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Daerah Sentul dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Cawangan Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Pusat Digital Ekonomi PPR Intan Baiduri telah dilaksanakan dengan berjayanya. Seramai lebih 150 orang komuniti setempat telah hadir dan memeriahkan program tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sewaktu program itu berlangsung, antaranya ialah pameran dan pembukaan booth dan ceramah mengenai Jenayah Siber. Selain itu, program ini dapat mendidik dan memupuk komuniti supaya lebih berhati-hati dengan jenayah siber pada zaman ini yang sangat membahayakan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: