Minggu Kesedaran Garam 2022
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniProgram kolaborasi oleh Pejabat Kesihatan Kepong bersama KRT, PEDi PPR Intan Baiduri dan unit KOSPEN PPR Intan Baiduri telah berjaya menganjurkan Minggu Kesedaran Garam 2022 pada 20 Mac 2022 (Ahad) yang lalu. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran kesihatan garam, pameran minda sihat, saringan kesihatan (periksa tekanan darah, gula, BMI dan minda sihat), ceramah kesihatan dan taklimat CPR kepada penduduk setempat. Walaupun COVID-19 masih berada dalam kalangan kita, namun penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan kesihatan minda perlulah kita jaga bagi memastikan kita menjadi Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: