Sesi Pengagihan Sim Data Internet Dan Tablet Phone Program Digital Learning And Dakwah Di Ppr Intan Baiduri
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniProjek Pemerkasaan Komuniti : Kesepaduan Ummah yang memfokuskan pembangunan modal insan dan kehidupan golongan Asnaf. Sesi pengagihan sim data internet dan tablet phone program digital learning and dakwah kolaborasi MAIWP, YSS, KRT PPR Intan Baiduri dan PEDi di PPR Intan Baiduri. Seramai 60 orang peserta yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 , 2 dan 3 yang merupakan golongan Asnaf yang menetap di PPR Intan Baiduri telah menerima satu set alat peranti elektronik (Tablet phone, wireless earphone dan stand casing) beserta 5 bulan langgan percuma data internet dan panggilan tanpa had untuk tujuan pembelajaran atas talian.
Sesi pengagihan ini telah dihadiri oleh
1. Dato’ Zariah Binti Ali, Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri.
2. Puan Hazimah, Pengurus Pusat Internet Komuniti, PPR Intan Baiduri.
3. Encik Muhammad Asyraf Sabri, Wakil YSS
4. Cik Siti Nur Zakiah Abdullah, Wakil YSS
5. Cik Khairunnisa Ismail, Wakil YSS
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: