Proses Pembersihan dan Sanitasi Bagi Pembukaan Semula Pusat Internet
15 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniSetelah lebih kurang 3 bulan Pusat Internet PPR Intan Baiduri tidak beroperasi ekoran penularan wabak COVID-19, akhirnya setelah Pusat Internet dapat dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Staf PI telah melakukan proses pembersihan dan sanitasi secara keseluruhan di Pusat Internet, membuat label di luar dan dalam pusat internet bagi memastikan pelanggan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang berada di kawasan pusat internet serta menyediakan buku log, pengimbas suhu dan pensanitasi tangan di kaunter bagi tujuan membendung penularan COVID-19 di pusat internet. Ini bagi memastikan pusat internet beroperasi mengikut garis panduan yang ketat dan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: