Maxis eKelas 2019 Revision – Sains
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas menawarkan tutorial langsung dengan kandungan digital secara interaktif disamping pertandingan dan kem percutian bagi menawarkan pembelajaran lebih menarik. Pusat Internet dijadikan sebagai pusat penyampaian Program eKelas ini yang diuruskan oleh Maxis. Ia bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar terutama di luar bandar dengan menumpukan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Untuk minggu ke-8, pembelajaran Sains minggu ini memerlukan pelajar untuk melakukan ujikaji terhadap Jirim. Antara bahan yang digunakan adalah Cuka, Botol Kosong, Soda Bikarbonat, dan Belon. Pemerhatian perubahan riaksi bahan tersebut dicatat oleh pelajar bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap perubahan Jirim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: