Karnival Perpaduan Komuniti PPR Intan Baiduri 2019
8 September 2019 | Aktiviti TerkiniKarnival Perpaduan Komuniti merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Intan Baiduri dengan kerjasama Pusat Internet Wilayah Tengah dan pelbagai agensi lain.
Antara program yang telah dijalankan adalah:
1. Taklimat Pusat Internet yang merangkumi fungsi Pusat Internet, eWaste, Check Your Label, Sebenarnya.my, eKelas, dan kelas ICT dan Keusahawanan.
2. Tapak pameran dan penerangan Advokasi.
3. Tutorial penggunaan pencetak 3 Dimensi.
4. Aktiviti berasaskan ICT Kuiz KDB Online
Selain itu, penglibatan daripada KOSPEN dengan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang telah menjalankan aktviti pemeriksan kesihatan secara percuma, Pru Kasih dari Bank Simpanan Nasional, pameran oleh pelajar GiatMara Kepong, Gerai jualan, pertandingan gubahan dan lain-lain lagi.
Antara tujuan lain:
• Mensasarkan seramai 200 pengunjung yang hadir.
• Memberi pendedahan kepada 200 pengunjung berkenaan advokasi klik dengan bijak (KDB), Check Your Label dan Sebenarnya.my.
• Membina komunikasi dua hala antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim.
• Membuka peluang kepada komuniti untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dibuat sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: