Deepavali Outreach Program bersama Komuniti PPR Intan Baiduri
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniDeepavali Outreach Program merupakan program anjuran Maxis dengan usahasama Pusat Internet PPR Intan Baiduri bersama Pusat Internet Wilayah Tengah dan Sukarelawan Maxis. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif amal sempena musim Deepavali. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet PPR Intan Baiduri dengan 250 penyertaan daripada Komuniti dan 90% merupakan komuniti India Sempena Menyambut Perayaan Deepavali
Antara tujuan program:
1. Melengkapkan para usahawan tempatan dengan alat digital dengan tujuan pemasaran.
2. Melatih para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui laman sosial.
3. Memberi didikan kerja berpasukan,ketekunan, dan komunikasi kepada kanak-kanak dengan aktiviti “Google Awesome”.
4. Memberi sumbangan berupa “Food Boxes” kepada 25 buah keluarga India yang kurang berkemampuan.
Program turut dimeriahkan dengan kedatangan VIP daripada pihak Maxis dan Komuniti PPR Intan Baiduri:
Mariam Bevi Batcha (Ketua Pegawai Hal Ehwan Korporat Maxis)
En Rashid Abd Samad (Ketua Penduduk PPR Intan Baiduri)
En Bala (Ketua Komuniti India PPR Intan Baiduri)
Pn Zariah Ali (Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: