Hari Terbuka Pusat Internet Parlimen Batu P.1115 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniHari Terbuka Pusat Internet Parlimen Batu P.115 telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 dan tamat dengan jayanya hasil kerjasama daripada 3 Pusat Internet bawah pengurusan Nera di Parlimen Batu P.115 iaitu Pusat Internet PPR Intan Baiduri, Pusat Internet PPR Beringin, dan Pusat Internet PPR Kampung Batu Muda.
Antara program yang telah dijalankan adalah:
- Pendaftaran keahlian percuma.
- Taklimat Pusat Internet yang merangkumi fungsi Pusat Internet, eWaste, Check Your Label, Sebenarnya.my, eKelas, dan kelas ICT dan Keusahawanan.
- Tayangan video Klik Dengan Bijak.
- Tapak pameran dan penerangan Advokasi.
- Tutorial penggunaan pencetak 3 Dimensi.
- Aktiviti berasaskan ICT iaitu Pertandingan Mewarna Online, Typing Rapid Online, Kuiz KDB Online, dan Cabutan Bertuah Online.
Selain itu, penglibatan daripada Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama KRT PPR Intan Baiduri telah menyempurnakan Program ini. Tapak Pameran daripada GIATMARA Kepong, Amanah Ikhtiar Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan pelbagai agensi lain memeriahkan sepanjang program berlangsung.
Antara tujuan lain:
- Mensasarkan seramai 200 pengunjung yang hadir dan seramai 100 orang mendaftar untuk keahlian baru.
- Memberi pendedahan kepada 200 pengunjung berkenaan advokasi klik dengan bijak (KDB), Check Your Label dan Sebenarnya.my.
- Membina komunikasi dua hala antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim.
- Membuka peluang kepada komuniti untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dibuat sepanjang program berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: